Saya baru habis locum.
Yang sedihnya hari ini ramai warga emas yang datang dengan lemah lemah badan dan rasa tak selesa di bahagian perut.
Salah satunya makcik ini yang berusia 67 tahun, ditemani suami 70 tahun.
Datang dengan simptom meloya, muntah muntah, sakit perut, kegatalan di bahagian celah peha dan rasa tidak bermaya.
Bila diperiksa:
Suhu badan :36.7 ( normal)
Tekanan darah : 130/90 ( borderline)
Nadi : 92 ( normal)
Gula dalam darah : 30.2! ( Terlampau tinggi)
Bila ditanya samada makcik makan ubat ke tak, makan katanya,tak pernah tinggal.
Makan minum dijaga rapi juga berbanding sebelum kena kencing manis.
Ditanya lagi, ada makan ubat kampung atau apa apa jus?
Ada!
Ala jus *****a, yang banyak keluar kat iklan tv tu.
Dah dekat dua bulan makan setiap pagi, anak yang belikan.
Saya urut dada sekejap.
Periksa air kencing, nasiblah ketone negatif.
Saya buat surat rujukan ke hospital untuk rawatan lanjut tapi makcik dan pakcik berkeras tidak mahu ke hospital kerana risau ditahan di dalam wad.
Saya terangkan kepadanya komplikasi yang boleh berlaku jika paras gula tinggi sangat ( stroke, serangan jantung, gangguan pernafasan, pengsan dan boleh membawa maut) tapi makcik masih berkeras tidak mahu pergi.
Saya hanya boleh akur dan tetap memberikan ubat dan surat rujukan kepadanya.
Moga Allah lembutkan hati mereka untuk ke hospital.
*Untuk anak anak, jangan belikan jus merapu kepada ibu bapa anda.* *Tak kiralah ianya digebang kononnya boleh merawat 1001 penyakit, ianya hanya jus( makanan) yang tinggi gula sahaja.*
Jangan gadaikan nyawa anda.
*Jus jus begini hanya ditambah steroids sahaja.*
*Sebab tu lepas makan, anda akan rasa bertenaga dan kurang sakit.*
Akhirnya, fungsi organ badan musnah, buah pinggang bocor, hati bengkak, jantung rosak.
Adakah organ organ ini boleh ditukar ganti?
Adakah kesihatan badan boleh diberi sekali lagi?
Adakah nyawa boleh dikembali?
Tidak.
Ubat kencing manis tidak menyebabkan masalah buah pinggang.
Paras gula yang tinggi dan tidak terkawal akan menyebabkan fungsi buah pinggang rosak. Inilah kita namakan komplikasi.
Makan ubat dijaga, makanan seharian dikawal
Tapi ditelan pula jus yang tinggi gula
( kononnya dikatakan madu, tapi betulkah ianya madu)
Orang yang ada kencing manis juga perlu kawal pengambilan madu, tidak boleh seperti orang yang sihat.
Gula bukanlah di dalam gula putih sahaja.
Nasi, roti, mi, koay teow, bihun, spageti, roti canai, capati dan lain lain karbohidrat juga mengandungi gula.
Stevia, gula perang, sweetener tetaplah gula juga.
Buah buahan seperti durian, mangga, rambutan, epal yang manis juga tinggi gula.
Kawal pemakanan kita.
Walau kita sudah diberi ubat kencing manis tidak semestinya kita boleh bedal apa sahaja.
Jika sudah kena kencing manis, organ badan kita sudah tidak normal lagi jadi kita perlu lebih menjaga kesihatan lagi.
Untuk yang masih sihat walafiat dan tidak ada sebarang penyakit, jaga diri anda bermula saat dan tika ini. Jangan asyik menangguh esok esok esok.
Kesian pakcik dan makcik ditipu hidup hidup oleh penjual yang tidak kisah pun tentang masa depan pesakit.
Nota kaki : Mereka kaya raya, anda rosak binasa😞
Dr. Erna Nadia
Jika ada iklan yang overclaims ( boleh merawat penyakit), tolong adukan di sispaa atau npra. Sama sama kita tangani manusia berjiwa duit bertahta dunia✌️
shahrizam2000@gmail.com / 0192044221
No comments:
Post a Comment